Tuesday 24 September 2013

Manisnya di The Little Red Cube

Bismillahhirrahmanirrahim...
Di entri yang terdahulu, saya berjanji untuk menceritakan mengenai pengalaman ke Little Red Cube. Sebelum itu, jutaan terima kasih kepada pihak Dutch Lady kerana memberi peluang kepada saya sekeluarga untuk menyertai percutian hujng minggu yang cukup menyeronokkan. Kami diminta berkumpul di One World Hotel jam 12.30 tengah hari untuk pendaftaran dan taklimat ringkas. Sekitar jam 1.30 tengah hari, bas mulai bergerak ke tempat dituju. Suasana cukup meriah dengan suara kanak-kanak serta wakil media yang lain. Rata-rata bahan bualannya adalah berkisarkan keadaan di Little Red Cube. Maklum sahajalah, kunjungan kali pertama. Saya duduk bersama anak yang ketiga, Irdina sementara Insyira mengambil tempat duduk di sebelah Irfan. Wajah mereka memang teruja tetapi lama kelamaan bertukar bosan kerana tempoh perjalanan yang panjang. Bagaimanapun, ia bertukar gembira apabila PR Dutch Lady memberi air kotak susu Dutch Lady bersama biskut dan makanan ringan sebagai kudap-kudapan, mengalas perut sepanjang perjalanan.



Senyuman terpaksa Insyira di Hotel One World
 
Aktiviti Insyira, Irfan dan Aliff ketika menunggu untuk naik bas

Wajah Insyira yang bosan di dalam bas. Irfan pula rileks mengelamun di tingkap

Sukanya Irdina sebab dapat biskut dari PR Dutch Lady
Sekitar jam 6.30 petang, kami tiba di The Traders Hotels, Puteri Harbour. Memang cantik dan selesa. Memandangkan saya yang boleh dikategorikan sebagai SuperMom kerana membawa tiga anak-anak kecil maka sedikit 'priority' telah diberikan oleh Allah taala. Jika rakan-rakan media yang lain gigih membawa bagasi masing-masing ke lobi hotel, saya pula sebaliknya. Dua orang pekerja hotel yang menanti dengan troli di tepi bas telah menawarkan diri untuk membawa beg saya. Seperti pucuk dicita, ulam mendatang, saya tersenyum sambil menghulurkan beg yang disandang. Perasaan bertukar sedikit cuak apabila melihatkan kawan-kawan tidak menggunakan perkhidmatan tersebut. Dalam hati berbisik seketika, mesti kena cas banyak ni tetapi alhamdulillah, tiada langsung bayaran dikenakan. Terima kasih ye pihak hotel. Sebelum mendaftar masuk, kami diberitahu supaya turun semula ke lobi hotel tepat jam 6.45 petang untuk menikmati hidangan makan malam di Restoran Lat. Tertanya-tanya juga penulis, bagaimanakah keadaan restoran tersebut. Mungkinkah berkonsepkan kampung sepertimana yang ditonjolkan dalam kartun-kartunnya.

Inilah tempat penginapan kami (abaikan amoi kat tepi tu ye)

Sukanya anak-anak ini kerana dah sampai ke hotel hinggakan Irdina terlupa cara yang betul untuk buat simbol tangan 'peace'

Berehat sekejap di bilik hotel. Sempat lagi Insyira betulkan kepala Irdina supaya 'pose' dengan betul

Anak-anak bonda yang berlagak jadi QC


Tab mandi inilah yang bakal 'dikerjakan' oleh anak-anak bonda


 Kami sampai di Restoran Lat yang hanya 50 meter dari hotel. Seronok juga kerana dapat berjalan kaki dengan rakan-rakan media yang lain. Pemandangan pun tenang, jauh dari kesibukan kota yang memeningkan kepala. Tiba-tiba Irdina memanggil saya sambil tangannya mengarah ke air pancut bercahaya. Memang cantik tetapi saya tidak sempat merakam gambarnya dek melayan 'perangai'  Irdina yang minta didukung. Sebaik tiba di restoran, kami diminta tunggu di luar bagi proses pendaftaran. Hai, nak makan pun kena daftar tetapi hendak buat macam mana. Mungkin dah prosidur. Sementara menunggu, kami diberi segelas air tropical punch sebagai pembasah tekak.  Sambil-sambil itu, saya dikejutkan dengan kedatangan salah seorang pekerjanya yang datang bertanyakan nama. Katanya, ia penting untuk proses komunikasi di dalam nanti. Komunikasi? Saya tak faham sangat tetapi disebabkan malas nak bersoal jawab, saya layankan sahaja permintaannya.


Aksi anak-anak bonda yang dipaksa bergambar di hadapan maskot Lat

Lebih kurang lima minit menanti, saya dan anak-anak dibenarkan masuk ke dalam restoran. Sebelum itu seperti biasalah, bergambar dahulu..Hehehe..Antara perkara wajib dilakukan sebagai seorang pelancong. Kami kemudiannya diberi meja agak jauh dari pintu hadapan. Mungkin ada hikmahnya kerana saya membawa anak-anak yang belum tahu lagi bagaimana karenahnya. Harap-harap janganlah ada pinggan atau cawan yang pecah. Sebaik berada di meja, terhidang sepinggan makanan sebagai pembuka selera. Yang pasti saya dan anak-anak tidak 'mampu' untuk menjamah makanan tersebut kerana tidak kena dengan selera. Maaf ye pihak restoran. Wajah Insyira dan Irfan sedikit kelam. Saya kemudian diaju soalan 'cepu cemas'. "Bonda, tak ada nasi ke? Lapar la kita nanti," soal Syira dengan suara yang perlahan.

Saya terdiam seketika. Rasa-rasanya, memang ada. Takkanlah mereka kejam sangat untuk hidangkan hanya satu menu sahaja. Seakan memahami, seorang pelayan resoran yang cukup ramah mula menghampiri meja kami. "Jangan risau ye adik. Kejap lagi ada nasi. Adik makan ni dulu ye," sapanya dengan lembut. Irfan mengangguk tetapi makanan yang berada di hadapannya masih belum dijamah. begitu juga Insyira dan saya..Hehehe..Sambil menantikan menu wajib (nasi) kami disajikan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh petugas-petugas di restoran berkenaan. Sepuluh minit kemudian, nasi yang dinanti pun tiba. Lengkap dengan lauk-pauk yang lazat dan membuka selera. Dibezakan pula makanan untuk dewasa dan kanak-kanak. Gulai daging salai masak lemak cili padi serta rendang ayam hitam benar-benar membuka selera. Begitu juga dengan menu Irfan, Insyira dan Irdina. Semuanya menghadap penuh selera sampaikan dua kali bertambah nasi. Maafkanlah sebab perut betul-betul lapar dek kerana perjalanan yang panjang.

Irdina pelik melihat sinaran lampu-lampu yang cantik di hadapannya

"Bonda, Irfan nak nasi. Benda ni apa?"
Usai menjamu selera, saya dan anak-anak berangkat pulang ke bilik walaupun ada rakan-rakan media yang lain masih setia menonton persembahan dan bertukar cerita. Lagipun, kasihan dengan anak-anak yang kelihatan cukup penat melalui perjalanan yang panjang. Setibanya di bilik hotel, saya segera memandikan ketiga-tiganya seorang demi seorang. Letihnya hanya Allah yang tahu tetapi demi melihat mereka gembira, saya terpaksa kuatkan diri. Setelah semuanya selesai, saya mengambil tempat untuk berbaring di sebelah Irdina. Selesanya kepala sambil tangan rancak menekan 'remote control' tv, mencari program menarik untuk ditonton. Tetapi, sebaik terpandangkan jam di meja menunjuk ke angka 10 malam, tv segera dimatikan. Arahan mula dikeluarkan agar Insyira, Irfan dan Irdina melelapkan mata. Bimbang keesokan harinya tidak terjaga dan terlepas sarapan pagi.


Irfan dah macam orang kerja ofis kan bonda
'Bonda ni, kita nak tidur pun bonda nak ambil gambar lagi!"



















 














 





No comments:

Post a Comment