Thursday 19 September 2013

Kuasa Pena

Kata orang mata pena lebih tajam dari mata pedang. Betul ke?
Bismillahhirrahmanirrahim...

Bukan mudah bergelar wartawan. Jika tidak cukup kekuatan mental dan fizikal, agak payah untuk menceburkan diri dalam karier ini. Seorang wartawan perlu kreatif untuk mendapatkan 'bahan'. Tidak boleh terlalu 'terikat' dengan format penulisan sedia ada. Sebaiknya, artikel perlu diolah gaya bahasa dan pendekatannya agar lebih menarik di mata pembaca.


Itulah cabaran yang harus kami tempuh kerana setiap hari, banyak artikel yang menanti untuk disiapkan. Sekiranya kurang tumpuan dan kemahiran untuk mengembangkan cerita, mungkin jari akan mudah terhenti di noktah papan kekunci komputer. Lantaran itu, pemerhatian dan pembelajaran harus seiringan. Sekalipun bergelar wartawan 'senior' itu bukanlah jaminan bahawa penulisan sudah berada di tahap yang membanggakan. Mengambil resmi padi, makin berisi makin merunduk ke bumi. Tidak seperti lalang yang tegak meninggi biarpun tiada isi. Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment